Tuesday, February 1, 2011

Gelaran Datuk Beri Inspirasi Kepada Radzuan Radziwill


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) kepada Pereka Fesyen Terkenal, Datuk Radzuan Radzi yang lebih dikenali dengan nama Radzuan Radziwill pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Melawati di sini, Selasa. - foto BERNAMA
PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwill atau nama sebenar Radzuan Radzi,41, menganggap darjah kebesaran bergelar Datuk yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Hari Wilayah, Selasa, dapat menjadi pembakar semangat kepada pereka fesyen muda untuk lebih berjaya dalam industri fesyen negara.

Radzuan berkata, penganugerahan itu juga memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan lebih banyak rekaan yang mampu mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

“Penganugerahan ini membuktikan bahawa kerjaya sebagai pereka fesyen juga mendapat tempat untuk dihargai oleh pemimpin negara.

“Saya harap ia akan dapat memberi semangat kepada pereka-pereka muda hari ini untuk tampil dengan rekaan-rekaan terbaru mereka,” ujarnya kepada mstar Online.

Radzuan merupakan antara 256 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran yang disempurnakan Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati di Putrajaya, Selasa.

Radzuan menerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah.

Dalam pada itu, Radzuan yang sudah berkecimpung dalam industri rekaan fesyen sejak 15 tahun lalu bersyukur dengan penghargaan tersebut.

“Saya sangat bersyukur kerana usaha keras selama ini akhirnya diberi penghargaan. Insya-Allah, saya tidak mensia-siakannya dan akan berusaha dengan lebih gigih lagi sehingga pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Radzuan yang sememangnya terkenal sebagai pereka fesyen golongan elit mendapat perhatian kerabat diraja, golongan atasan (VVIP), isteri orang kenamaan dan juga selebriti.

Hasil rekaannya turut menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Benang Emas pada tahun 1996, Piala Sri Endon (2005), Tokoh Jarum Berlian (2005) sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan Pereka Fesyen Terbaik Malaysian Internasional Fashion Week (MIFW) 2010.

“Sejak lima tahun lalu saya sudah banyak berkhidmat untuk beberapa kerabat diraja dari Selangor, Kelantan, Perak dan beberapa orang kenamaan negara.

“Dari segi anugerah setakat ini Alhamdulilah lebih dari 10 anugerah dalam dan luar negara telah saya peroleh selain masih lagi aktif membawa fesyen kita ke mata dunia,” katanya.

google: radzuan radziwill, radzuan radziwill blog, radzuan radziwill facebook, radzuan radziwill twitter, radzuan radziwill myspace, radzuan radziwill wiki, radzuan radziwill bio, radzuan radziwill biografi, radzuan radziwill biography, radzuan radziwill pingat datuk, gelaran datuk radzuan radziwill, gambar terkini terbaru radzuan radziwill, foto terkini terbaru radzuan radziwill, berita cerita terkini terbaru radzuan radziwill, pereka fesyen radzuan radziwill

No comments:

Post a Comment